Setiap makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Begitu juga
Allah s.w.t. menciptakan manusia ada lelaki dan wanita. Kedua-duanya
saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu Islam menggalakkan
umat dari agama Islam mengikat tali perkahwinan yang sah supaya akan
melahirkan zuriat keturunan. Nabi s.a.w merasa bangga apabila melihat
umatnya ramai di hari akhirat nanti, berbondong-bondong masuk ke
Syurga. Perkahwinan adalah Sunnah Nabi s.a.w dan baginda tidak mengaku
sebagai umatnya apabila ada di kalangan mereka enggan berkahwin tanpa
mempunyai alasan yang dibenarkan oleh syarak.
Persoalannya
adalah bagaimana seorang Muslim dapat mengenalpasti ciri Muslimah
sebelum nikah, kerana ia diperintahkan untuk menundukkan pandangan
(shaddul bashar) terhadap wanita? Seorang yang soleh akan tetap menjaga
ketinggian akhlak dan mengelakkan perhubungan yang tidak diizinkan
syarak.
Berikut adalah antara perkenalan yang perlu dan cara pendekatan yang dapat dilaksanakan :
1. Mengetahui akhlak dan tingkahlaku Muslimah dalam kehidupan harian.
Kehidupan harian yang dilalui setiap individu yang beriman dan beramal soleh digambarkan melaliu ciri-ciri berikut iaitu :
a. Ibadah yang khusyu’
b. Berpakaian menutup aurat yang sempurna.(menutup seluruh tubuh melainkan muka dan dua tapak tangan).
c. Cara percakapannya tidak dibuat-buat (mengada-ngada).
d. Menjaga pandangannya (tidak melingas matanya memandang, terutamanya melihat pemuda yang bukan mahramnya).
e.
Bergaul dengan semua muslimah (tidak membataskan pada kriteria
fizikal, seperti bergaul hanya yang sesama berbusana tertentu) dengan
akhlak yang karimah.
Pengamatan ini boleh dilakukan melalui
pertanyaan kepada siapa yang mengenalinya. Harus diingat bahawa
pengamatan ini hendaklah dilakukan dengan cermat, jangan sampai
diketahui oleh Muslimah itu, bahawa ia sedang diperhatikan, kerana ini
akan menyebabkan salah tingkah atau tindakannya jadi tak natural
(bersahaja).
2. Melihat keadaan rumah tangga keluarga wanita.
Hal
ini adalah dibolehkan, semasa bertunang. Ia dapat dilakukan semasa
menziarahi kedua orang tua kepada wanita yang dipinang. Ketika ini juga
ia boleh menanyakan lebih lanjut mengenai wanita itu pada ahli
keluarganya. Biasanya jika ia berasal dari keturunan yang baik dan taat
agama akan melahirkan wanita yang solehah. Tetapi, harus juga diingat
ada juga wanita solehah yang berasal dari keluarga yang kurang taat pada
ajaran agama.
3. Penglibatan dalam Dakwah Islam
Bagi
lelaki Muslim yang memahami bahawa tanggungjawab terhadap agamanya
tidak dipisah dengan usaha dakwah dan merasakan tidak mencukupi melalui
dua perkenalan di atas, maka eloklah ditinjau juga setakat mana
penglibatan wanita itu dan peranannya dalam kegiatan dakwah Islam.
Bagi
ibu bapa yang baik dan taat beragama, dasar pemilihan dan urusan jodoh
anaknya berdasarkan agama yang utama. Namun bagi yang lalai dan silau
dengan kilauan harta dan pangkat dunia faktor agama bukan lagi neraca
pertimbangannya. Penjodohan dengan dorongan aspek duniawi sangat
menyalahi ajaran Islam dan wajib ditolak.
Sekiranya ibu bapa kita
tergolong dalam golongan yang tidak menjadikan nilai agama sebagai
tunggak dalam perjodohan anaknya maka adalah wajar mendapatkan bantuan
mereka yang membimbing dalam pendidikan Islamnya sebagai orang tengah.
Melalui kaedah ini adalah lebih baik dan terpelihara dari unsur
kerosakan akhlak seperti percintaan sebelum pernikahan yang mendekati
zina (bertemu janji berdua-duaan sebelum pernikahan).
Menurut al-Qur’an, wanita ideal mempunyai kriteria adalah seperti berikut :
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “…
Wanita yang baik (solehah) adalah yang taat kepada Allah lagi
memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara
mereka.” (Surah An-Nisa’ ayat 34)
Seorang Mukmin yang benar-benar taat pada Allah s.w.t. tidak akan mengambil mudah soal jodoh, dengan kata-kata ‘kita kawin dulu, nanti kita tarbiyyah kemudian’.
Perlu diingat apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak kadangkala
tidak ada masa untuk mendidik isteri, dan isteri pula enggan menghadiri
majlis ilmu dan kemungkinan kemampuan suami pula tidak mempunyai
kemampuan yang cukup untuk mentarbiyah isterinya, akhirnya hajat yang
awal ingin membina rumah tangga Muslim kecundang ditengah jalan. Oleh
itu pemilihan berdasarkan agama (wanita solehah) adalah amat penting,
lebih penting dari kecantikannya, hartanya atau kerjayanya.
Setiap
wanita pula perlulah mempersiapkan diri mereka untuk menjadi wanita
solehah samaada yang belum berkahwin atau yang telah bersuami. Kerana
sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Di
akhirat nanti wanita yang solehah di dunia ini apabila ia dimasukkan ke
dalam Syurga, kedudukannya lebih cantik dan mulia daripada bidadari
Syurga. Seandainya kedua-duanya suami dan isteri yang soleh dan solehah,
andainya mereka dapat memasuki Syurga mereka akan di nikahkan semula
oleh Allah s.w.t. di Syurga dan ini adalah kenikmatan yang tidak ada
tolok bandingnya.
Sumber: Dakwah Info
No comments:
Post a Comment