-->

Epilog Seorang Muslimah Memburu Solehah

Firman Allah Ta'ala: Dan ditanya kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan." Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi, dan sesungguhnya negeri akhirat ialah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa. AN-NAHL-30

cursor comel

Heart Tree

Friday, 3 February 2012

Wanita wajib berpurdah???





Assalamualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh buat pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ana yang tak seberapa ini....ana ambil tajuk ini dari sebuah buku yang ana beli di kedai buku kat kuala kangsar....karangan Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jarullah...

Wanita wajib berpurdah...ana bersetuju dengan pendapat pengaran buku tersebut.. Mengapa tidak? terdapat banyak dalil-dalil dan hujah-hujah yang dihuraikan satu persatu yang terang lagi jelas yang dapat membuka mata kita seluas-luasnya apakah hikmah disebalik pemakaian purdah ini....Namun terdapat juga segelintir pendapat yang mengatakan pemakaian purdah ini tidak sesuai lagi dipraktikkan dalam zaman yang canggih lagi serba moden ini....ditambah pulak dengan cuaca sekarang ni yang 'hangat pijo' kata orang perak...siapalah yang sanggup berkelubung bagai hantu di panas terik begini.....kalau ditanya begitu pada ana....ana akan katakan ana sanggup....alah apalah sangat dengan panas terik dunia ni kalau nak dibandingkan dengan panas api neraka....biar tersiksa didunia jangan tersiksa di akhirat...ye tak??

Ana pada awalnya memang teringin sangat nak pakai purdah, ana menyatakan hasrat di hati ni pada mak ana, mak ana bagi pakai sebab mak ana dulu pun berpurdah cuma satu je... mak ana bimbang apa pandangan orang lain terhadap diri ana nanti.... Pendapat ana, apalah yang hebat sangat dengan pandangan buruk orang lain terhadap golongan yang menutup aurat dengan sempurna ni....jahat sangat ke orang yang cuba berpakaian menutup aurat dengan sempuran, yang cuba memelihara kehormatan dan maruah diri, yang cuba meraih redha Ilahi dengan berpakaian begini...adakah ini salah dan keji dimata masyarakat?? Walaupun begitu mungkin ada segelintir yang menyalahgunakan pakaian purdah ni untuk tujuan lain....tapi adakah sebab yang segelintir itu menyebabkan pakaian purdah tu terus diharamkan....terus dipandang hina??

Bagaimana pula dengan segolongan yang tanpa segan silu menayangkan 'tubuh murahan' mereka pada mata masyarakat dianggap tidak apa-apa... yang hanya mahu mendapat perhatian mata-mata para lelaki fasik, yang mahu tampak seksi, moden, ikut aliran fesyen masakini yang terang-terangan menyalahi syariat islam. Bagaimana jika orang yang begini melakukan perbuatan seperti mencuri, merompak dsb adakah kita akan menyalahkan pakaian yang mereka pakai juga sepertimana kita menyalahkan orang yang memakai purdah. Tentu sekali tidak bukan? Buat apa nak salahkan pakaian yang dia pakai....orang yang xde akal je yang kate pakaian itu salah dan patut dipenjarakan.. ade ke patut benda tak bernyawa disalahkan.... begitu juga la dengan purdah, apalah salahnya muslimah berpurdah di mata masyarakat. Salahkah mereka cuba mengurangkan fitnah zahir dan batin dikalangan kaum adam??

Seindah indah perhiasan adalah wanita solehah, dan seburuk-buruk kejahatan adalah wanita yang fasik. Cubalah kita renungkan betapa besarnya peranan wanita dalam masyarakat, negara dan agama. Kalau tidak takkanlah Nabi Muhammad saw menyebut an-nisa' (wanita-wanita) sebanyak 3x sebelum baginda wafat... kerana wanita itulah sebesar-besar fitnah yang ada di muka bumi ini.

Qawl yang paling muktamat dalam mazhab Shafie' menyatakan bahawa seluruh badan perempuan yang merdeka adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi. Pendapat ini disokong oleh hadis-hadis yang menyatakan bahawa perempuan itu aurat/ perempuan itu aurat yang mesti ditutup/ dan orang-orang perempuan itu aurat dan disokong oleh ahli-ahli tafsir al-Quran yang meriwayatkan bahawa wanita-wanita islam pada zaman Rasulallah saw dahulu menutup seluruh badan mereka ketika keluar rumah, setelah turunya ayat-ayat hijab.

Muka ialah sebesar-besar tempat fitnah, sedangkan pandangan ialah 'rasul Syahwat' (penyampai kpd syahwat), pembawa kepada zina dan kefasikan, panah iblis yang mengandungi racun bagi hati. (al-Jiziriyy, kitabu al-Fiqhi 'ala madhahibial-arba'ah; juz 1, al-Qahirah ; juz 7, al-Banjariyy, sabilu al-Muhtadin ; Juz 1 )

Indah dan mendalam sungguh kata-kata di atas... kalau direnungkan kata-kata itu maka wajiblah wanita itu berpurdah. Masakan tidak...wajah wanita itulah tempat sasaran sebesar-besar fitnah kerana Allah swt itu sendiri menciptakan kaum hawa itu mempunyai wajah yang cantik menawan yang mampu mengganggu gugat keimanan kaum adam. Kalau tidak, takkan le ada lelaki yang angau bila melihat wajah wanita yang cantik jelita bak bidadari yang turun dari syurga. Bila mata terpandang maka terunlah ke hati dimana kerana waita itu, jiwa sang teruna menjadi kacau bilau teringatkan sang bidadari yang cantik bak permata hinggalah datangnya syaitan merasuk diri memujuk hati supaya datang mendekati, bila sudah berkenal-kenalan maka datanglah cinta, sayang dan rindu. Bila diri tak tertahan menanggung rindu maka datanglah syaitan memberi 'petunjuk sesat' hinggalah diri terperangkap dalam duri perzinaan... Akhirnya lahirlah zuriat yang tidak diingini dan wujudlah juga pembuangan bayi dimerata-rata tempat.Begitulah betapa bahayanya wanita itu....kerana itulah wanita itu menjadi salah satu dari pelaburan terbesar bagi iblis, syaitan laknatullah.

Begitulah kancah kehidupan manusia. Mereka sedaya upaya cuba membanteras kegiatan jenayah, pelbagai undang ditubuhkan, pelbagai hukuman dijatuhkan mengikut akal fikiran manusia yang 'ciput' ni... Sedangkan undang-undang dan hukum Allah yang sudah sedia ada, terpampang depan mata, penyelesai segala masalah manusia diketepikan....Allah datangkan masalah dan penyelesai masalah sekaligus.... contohnya zina, Allah berfirman;

"Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu perbuatan buruk. (surah al-isra' ; 32).

Allah swt perintahkan supaya jangan mendekati zina.. Jadi Allah datangkan langkah pencegahan awal dalam menangani isu zina dan pembuangan anak.

Memakai purdah juga adalah salah satu jalan untuk menghindari diri dari zina. Mengapa? Kerana wanita yang berpurdah itu menutup jalan fitnah itu yakni dengan menutup wajah mereka dari pandangan lelaki-lelaki ajnabi. Jadi kaum adam ini tidak berpeluang lagi untuk berasa 'angau' pabila melihat muslimah yang bertutup litup ini. Jikalau ada muslimah-muslimah diluar sana yang tergerak hati ingin berpurdah, alhamdulillah ana doakan antunna semua ikhlaskanlah hati memakainya kerana Allah. Bukan kerana nampak cantik, anggun bila berpurdah ni... Bagi yang sudah berpurdah pula ana harapkan istiqamahlah dan ikhlaskan hati kerana Allah demi redhaNya.... tetapi harus diingat juga disamping kita memakai purdah dan menutup aurat dengan sempurna kita wajib....wajib dan WAJIB menjaga pandangan mata kita kerana....Allah swt berfirman....

" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya).......(surah an-nur :31)

Jadi disamping kita menjaga aurat kita, kita juga hendaklah menjaga pandangan mata kita....janganlah mata tu asyik melilau tengok lelaki.....buruk bebeno ropernye kate org perak...
Dimana letaknya sifat malu seorang perempuan jika dia tidak menundukkan pandangannya??

Semoga apa yang ana sampaikan dapat di amalkan dan disampaikan InsyaAllah, ana mohon maaf jika ada yang terasa atau terkasar bahasa, apa yang ana sampaikan adalah dari hati ana sendiri yang inginkan masyarakat kita ini berubah kepada jiwa yang menghayati islam itu sendiri bukan hanya nama sahaja islam tetapi tidak mahu mencunkil hikmah agama yang benar dari Allah ini.. Kepada muslimah sekalian, antunna semua adalah punca dan pembawa impak yang besar dalam masalah sosial yang melanda dunia ini...janganlah kita tunggu orang lain yang buat dulu kita kemudian hari pun boleh...itu salah....kerana kita sendiri yang mesti memulakannya dulu....KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?? KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI??? Wallahu'alam..
Posted by Ukht Nurul at 04:36
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

  1. nickizah_syakizah11 March 2012 at 03:45

    ana cume mengingatkan..mazhab syafie mengatakan purdah adalah sunat shaja...
    hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “ Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini”(Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan).

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Ukht Nurul18 March 2012 at 17:02

    nik!!..hehe ana xsedo enti ada komen...artcle kt ats tu ana copy paste dr blog kwn ana...yup..ana stju enti kte yg mazhab syafie mengatakan pemakaian purdah adlh sunat..n itu adlh pndangan jumhur ulama'...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

kartun islamic


About Me

My photo
Ukht Nurul
Marang, Terengganu, Malaysia
"Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu."
View my complete profile

Followers


sesuatu yang dimiliki (:


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Popular Posts

  • Wanita wajib berpurdah???
    Assalamualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh buat pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ana yang tak seberapa ini......
  • Pinanglah Daku Kerana Dakwah..
    Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar. Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR. Saya tanya pada kamu, susah ...
  • SAHABAT...>Lidahnya Ringan Memberi Nasihat<...
               Assalamualaikum wbt..pagi ni ana nak kongsi tentang SAHABAT ...harap antum dan antunna semua dapat sedikit ibrah dan kesedaran ...
  • Tips Atasi Zina Hati
    Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan ...
  • < Inspirasi daripada watak Khazinatul Asrar >
    "Waktu di sekolah dulu,Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka tapi lama-kelamaan saya rasa seronok apabila dimina...
  • Sejarah Perjuangan Rasulullah s.a.w : Qudwah Ummat Islam Masa Kini..
    Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah rentetan sejarah hidup yang panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pendoman ...
  • Bagaimana lelaki mencari wanita solehah..^^
    Setiap makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Begitu juga Allah s.w.t. menciptakan manusia ada lelaki dan wanita. Kedua-duanya sal...
  • Journey of Muslim....
    *lagu Bingkai kehidupn ni amt sesuai tuk kita..ap yg nk gtau di sebalik lgu ni adlh kita smua ad tnggungjwb yg besar lm mngembalikan smula...
  • Ingin menjadi yang lebih baik tapi malu. . . . . .
    "Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku ...
  • Akhawatku...
    AkhAwAtkU... Buat akhwat tersayang, Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun Allah membenarkan m...
Travel theme. Theme images by konradlew. Powered by Blogger.