-->

Epilog Seorang Muslimah Memburu Solehah

Firman Allah Ta'ala: Dan ditanya kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan." Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi, dan sesungguhnya negeri akhirat ialah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa. AN-NAHL-30

cursor comel

Heart Tree

Wednesday, 22 February 2012

SAHABAT...>Lidahnya Ringan Memberi Nasihat<...

          


Assalamualaikum wbt..pagi ni ana nak kongsi tentang SAHABAT...harap antum dan antunna semua dapat sedikit ibrah dan kesedaran untuk diri sendiri.. :)


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
            "Sekiranya kamu ingin mengetahui sikap seseorang ,maka bertanyalah  kepada jirannya(sahabtnya).."



SAHABAT...Sahabat ini kalau kita luaskan skop,interprestasinya boleh meliputi semua perkara..Alam boleh menjadi sahabt, ibu bapa boleh menjadi sahabat, isteri/suami pun boleh menjadi sahabat, anak-anak pun boleh menjadi sahabat dan begitulah kepada yang lain-lain..Malah syaitan pun boleh menjadi sahabat kepada kita jika kita berkenan..

          Manusia tidak boleh hidup tanpa sahabat.. Percaya??? Mungkin anda menggelengkan kepala. Bagi yang keras kepala atau hidupnya memang tidak mempunyai sesiapa, dia akan berkata dia tetap boleh hidup sehingga hari ini tanpa seorang pun sahabat.

          Ya. . . .hidup memang boleh. Tetapi hidup yang saya maksudkan ialah hidup yang tenang, hidup yang senang, hidup yang gembira, hidup yang bahagia..

           Hidup ini memang perlu berteman sebenarnya.. Sebab itulah,untuk mendapat kehidupan yang baik, maka sahabat yang baik itu perlu dicari. Kita melihat bahawa kehidupan manusia itu banyak dipengaruhi oleh rakan sekeliling..

           Saya banyak melihat peristiwa yang menunjukkan sahabat itu mempunya pengaruh yang besar pada diri seseorang.. Saya pernah mempunyai kawan yang baik, tetapi akhirnya bertukar menjadi pelajar yang bermasalah kerana salah memilih sahabat.. Saya juga pernah mempunyai sahabat yang awalnya teruk dan melakukan pelbagai perkara buruk.. Tetapi setelah dia bersahabat dengan sahabat-sahabat yang baik, maka dia berubah.

Senior saya pernah berpesan, "Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari betul-betul.."

           Sahabat sebenarnya memberikan impak yang besar terhadap hidup kita. Kehidupan saya sendiri banyak berhubung dengan sahabat-sahabat. Pada saya, sahabat itu akan mengingatkan kita, menenangkan kita, memberikan teguran dan nasihat kepada kita seterusnya membawa kita ke satu arah yang betul..

           Saya ada beberapa orang sahabat yang saya amat yakin kepada mereka, yang mereka menyayangi saya dan saya menyayangi mereka. Mereka mendoakan saya dan saya mendoakan mereka.. Mereka akan menasihati saya, dan saya akan menasihati mereka. Orang arab kata, takmil wa istikmal, yakni lengkap-melengkapi..

           Bersama sahabat-sahabat, saya boleh tenang. Ini disebabkan kami saling mencintai kerana Allah.. Hidup juga akan terasa manis. Masa kan tidak bahagia jika diri sentiasa diambil berat, diri sentiasa mendapat nasihat, doa-doa sering pula berterbangan kepada kita, dan bicara-bicara yang menenangkan sentiasa sampai kepada kita..

           Seorang kawan saya, Insyirah, pernah menghantar SMS kepada saya di Jordan, sedangkan dia di Malaysia.. Apabila saya kata, kenapa la yang dia susah-susah hantar SMS kepada saya sedangkan SMS itu mahal, nak tahu apa dia kata??
           "Apalah sangat harga SMS ni kalau nak dibandingkan harga persahaban dengan awak."..

Apabila bersahabat  dengan orang yang baik, maka hati memang akan bahagia, dan hidup akan terasa lebih senang...

           Rasulullah sendiri mempunya sahabat-sahabat. Peribadi-peribadi unggul seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Abdurrahman bin Auf, Sa'ad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah al-Jarrah, Bilal bin Rabah, Salman al-Farisi dan lain-lain. Semuanya saling melengkapi..

           Hubungan mereka membina kehidupan yang amat harmonis. Sama-sama merendah diri, dan sama-sama berjuang menegakkan Islam. Susah senang bersama-sama.

            Pernah satu hari, Abu Bakar dan Umar keluar pada waktu tengah hari kerang kelaparan yang teramat sangat.. Kemudian mereka terserempak dengan Rasulullah.. Mereka bertanya mengapakah Rasulullah berada di tengah-tengah matahari panas ini?

            Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  "Apa yang menyebabkan kamu keluar rumah, itulah yang menyebabkan aku berada di sini."

            Masa kan hidup tidak direnjis kekuatan jika ada sahabat yang sedemikian???

            Sahabat nyata penting. Hendak jadi baik, maka sahabat yang baik itu diperlukan. Sahabat akan sentiasa menghulurkan tangan dan membimbing sedaya mereka.

            Anda mempunyai sahabat??

            Anda menggeleng??

            Anda tak rasa sahabat penting?? Atau anda tidak tahu kepentingan sahabat??

            Anda tak mahu mencuba mempunyai sahabat??

            Saya boleh menjadi sahabat anda. Jika anda mahu..

            Hendak mencuba mempunyai sahabat??

            Mari, mari kita bersahabat.. Semoga ketenangandan kebahagiaan itu membasahi kehidupan kita.. :)
Posted by Ukht Nurul at 16:06
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

kartun islamic


About Me

My photo
Ukht Nurul
Marang, Terengganu, Malaysia
"Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu."
View my complete profile

Followers


sesuatu yang dimiliki (:


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Popular Posts

  • Wanita wajib berpurdah???
    Assalamualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh buat pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ana yang tak seberapa ini......
  • Pinanglah Daku Kerana Dakwah..
    Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar. Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR. Saya tanya pada kamu, susah ...
  • SAHABAT...>Lidahnya Ringan Memberi Nasihat<...
               Assalamualaikum wbt..pagi ni ana nak kongsi tentang SAHABAT ...harap antum dan antunna semua dapat sedikit ibrah dan kesedaran ...
  • Tips Atasi Zina Hati
    Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan ...
  • < Inspirasi daripada watak Khazinatul Asrar >
    "Waktu di sekolah dulu,Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka tapi lama-kelamaan saya rasa seronok apabila dimina...
  • Sejarah Perjuangan Rasulullah s.a.w : Qudwah Ummat Islam Masa Kini..
    Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah rentetan sejarah hidup yang panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pendoman ...
  • Bagaimana lelaki mencari wanita solehah..^^
    Setiap makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Begitu juga Allah s.w.t. menciptakan manusia ada lelaki dan wanita. Kedua-duanya sal...
  • Journey of Muslim....
    *lagu Bingkai kehidupn ni amt sesuai tuk kita..ap yg nk gtau di sebalik lgu ni adlh kita smua ad tnggungjwb yg besar lm mngembalikan smula...
  • Ingin menjadi yang lebih baik tapi malu. . . . . .
    "Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku ...
  • Akhawatku...
    AkhAwAtkU... Buat akhwat tersayang, Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun Allah membenarkan m...
Travel theme. Theme images by konradlew. Powered by Blogger.